Wednesday, March 28, 2007

Munajat ku pada mu



Hai diriKu,
Tidakkah engkau malu kepada Allah?
Tidakkah engkau mahu kembali dan bertaubat dengan nya?
Adakah engkau sangup menerima azab Allah?
dan adakah engkau sangup menerima kemurkaannya?

Ya Allah, Ya Tuhan ku,
Dengan limpah rahmatmu bukan kan lah citarasa kasih ku pada mu.
Angkatlah dinding penutup hati ku.
Pancarkanlah cahaya ketuhananmu kepada hati ku.
Perhiaskanlah hatiku dengan rahsia ketuhanan mu
Sebagai mana engkau telah memperhiaskan hati mereka yang arif.



Ya Allah, Aku tak layak memasuki syurga firdaus mu,
Tidak juga mampu aku menghadapi siksaan api neraka mu
Berikan lah keampunan pada hamba mu, dan hapuskanlah dosa-dosa ku
Sesungguhnya hanya engkaulah yang maha pengampun yang maha agong

Dosa-dosa ku bagaikan pepasir di pantai
Anugerahilah keampunan mu wahai yang maha agong
Umurku berkurangan setiap hari sedang dosa-dosaku terus bertambah
Adakah jalan upaya bagi ku

Ya Allah, hambamu yang penuh maksiat ini bersujud mengadapmu
Mengakui dosa-dosanya dan memohon pada mu
Ampunilah, kerana hanya engkaulah yang maha pemilik keampunan
Bila engkau campakkan aku, kepada siapa dan kemana aku mesti berharap selain dari mu

Thursday, March 22, 2007

Tanda-tanda Kematian pada manusia

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
P/S: Bagi yang biasa memegang orang yang sedang nazak pasti akan dapat merasainya..

Ayat Pengerak

Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Sunday, March 18, 2007

Membenteng diri & keluarga mengunakan Ayat Surah Yasin

CARA

1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

Ilmu pengasih

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
Surah al imran ayat 31


Cara Untuk amal :
1. Amal kan setiap lepas solat subuh ( 3x)
2. Baca ayat قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ
Niat kan nama dia ( nama sianu bt ibunya ) kemudian sambung ayat tersebut
فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمْ اللَّهُ
3. Ayat ini juga boleh dibaca dan dihembus kan ke atas ubun-ubun kepala (isteri/suami) ketika ia sedang tidur.


P/S: ilmu utk kasih sayang

Ikhlas dari papa…….

Friday, March 16, 2007

Syair Ilmu tasauf -

Kenalkan 2 pada diri mu
satu seteru(musuh) satu taulan mu
Hakikat suburkan pada diri mu
Kamu berhadapan dengan tuhan mu
Perlumbaan dunia jangan sekali
Tidak beharga disisi Ilahi
Ingatkan tuhan bila dipuji
Bukan hak kita sama sekali.....

Pertama hidayah menjaga akal mu
kedua singkirkan kehendak nafsu mu
ketiga mencari redha tuhan mu
tuntut bersungguh janganlah jemu
tak dapat hidayah mengikut nafsumu
bekerjanya untuk harta dunia mu
untuk mendapat puji selain mu
jika terjadi rugilah kamu


Syair Almarhum Tuan Guru Hj.Ali ( guru ku yang ku sayang)- pengasah pondok seliau, rantau negeri sembilan...
Beliau adalah murid kesayangan tuan sheikh Ahmad Bin Sheikh Said Linggi.......

Kerinduan sejati


Ya Ilahi,
Wahai kekasih ku...
dalam kesunyian yang kau berikan
dikeheningan malam
sujud kupersembahkan kehadiratmu
dengan lelehan air mata rindu
yang tak mampu aku menahan
dan mengatur salam perjumpaan
warna cerita dalam kehidupanku
merupakan sebuah perjuangan
hingga akhir masa hidup
untuk sebuah pencarian diri
Ya Rahman,
sebuah pertemuan adalah tujuanku
kerinduan seorang insan
pada kekasih yang tinggi
tiada berkesudahannya
jika maut sebagai pengganti pertemuan
aku relakan diriku dicabut
dengan seribu pedang
atau cabutan dahsyat sang kekasih
Ya Rahim,
nafasku bersambung-sambungan
beriring-iringan naik turun
diantara nama dzat kekuasaan
dan dzat kasih sayang
harapan cinta dan rindu
takkan pernah pupus
walaupun zaman ingin merenggutku
dengan cakaran-cakaran tajamnya
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
dalam diamku, dalam sepiku
dalam malamku, selalu ada kerinduan padamu
Kerinduan yang tak pernah berhenti....

Membenteng diri & rumah dengan ayat kursi 9 wakaf


CARA

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

Ilmu mencegah santau & perbuatan jahat org

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar


Amalkan ayat tersebut setiap kali selepas solat ( 7x baca )
Bacakan sebelum memakan makanan di kedai atau ditempat yang kita rasa kurang yakin.

Pembuka Doa

Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam dengan pujian yang banyak, yang baik dan diberkati di dalamnya pada setiap keadaan. Pujian yang mencukupi segala nikmatNya, dan meliputi segala kelebihanNya. Ya Tuhan kami, bagiMu puji-pujian yang pantas sesuai dengan kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu. Maha Suci Engkau tiada terhingga, sanjungan kepadaMu, demi Engkau, sebagaimana Engkau menyanjung diriMu sendiri. KepunyaanMulah segala puja dan puji sehingga Engkau meridhainya.



Aurat perempuan