Thursday, March 22, 2007

Tanda-tanda Kematian pada manusia

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
P/S: Bagi yang biasa memegang orang yang sedang nazak pasti akan dapat merasainya..

6 comments:

amnah my. said...

salam..

sentiasa mengingati mati dapat memberi keinsafan pada diri..

Allahummahtimlana bihusnil khotimah, wala takhtim alaina bisuil khotimah..

semoga kehidupan kita sentiasa diredhai Allah sedari lahir hingga ke mati..

Anonymous said...

Mati itu adalah janji ALLAH.. kalau kita lihat disekeliling kita.. sorang demi sorang org yang kita sayang atau yang kita kenal akan meninggalkan kita....

Kematian itu pasti datang cuma masa dan ketikanya belum sampai.. bila sampai waktunya sesaat pun tak akan terlewat...

P/S: sama-sama kita mengigati hari kematian kita....semoga kita semua dapat menguatkan lagi amalan..insya'allah..

~Sheikh Fakir~

Anonymous said...

Salam buat sahabatku,

Disaat ini kirasakan kematian sering terjenguk-jenguk mencari aku

Disaat ini aku berlari-lari cuba menyembunyikan diri
walau kutahu nescaya aku akan gagal

Disaat ini hembusan angin yang sepoi mengingatkan aku akan hembusan nafasku yang bakal berakhir

Disaat kupandang di kejauhan laut
terdengar akanku tenggelam timbul
syahadah ku

Disaat ini doakanlah aku sahabatku
agar hiudp dan matiku tetap jua dibawah keredhaanNYA.

Anonymous said...

Wahai sahabat ku,
Sesungguhnya org yg mengingati mati itu adalah org yang bijak..

dan ketahuilah kematian itu adalah kepastian... cuma waktu saje yg membezakan kita. Bila tiba masanya..maka redha lah ia...

Wahai sahabat,
Aku sentiasa mendoakan mu....

~Sheikh Fakir~

Anonymous said...

salam buat sahabatku....

terkadang aku malu untuk berbicara soal akhirat sedang duniaku sering di simpang nafsu

terkadang aku malu untuk terus bicara soal dunia sedang akhirat ku masih di simpang angan

terkadang aku malu untuk berbicara soal kita sahabatku....kerana darjat kita berbeza di dunia dan akhirat

Multyenterprise said...

Itu tanda2 kematian bagi orang2 yang soleh, kalau bagi orang2 durhaka dan berdosa, sepertinya lain lagi deh